Posts

Falsafah Burung Merak

Hidup  ini ada putarannya. Ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah. Maka sama-samalah kita beringat selalu. Hari ini mungkin kita kenakan orang, mungkin esok lusa kita pula yang terkena. Hari ini kita seorang yang bersyukur, mana tahu esok kita jadi seorang yang takabbur pula. Siapa tahukan? Segmen Usrati Khamis lalu yang ke udara pada jam 5.15pm yang diisi oleh al-Fadhil Ustaz Syed Kadir Al-Joofree mengajak kita melihat takabbur dari sisi si burung merak. Sesungguhnya sifat sombong yang ada pada burung merak juga ada pada kita yang bernama manusia. Antara yang merosakkan apa hubungan adalah sifat ego. Pelbagai sebutan yang kita guna samaada ego atau sombong maksudnya adalah sama dengan istilah bahasa arab iaitu “takabbur”. Ego adalah sifat yang ada pada semua manusia. Bezanya cuma tinggi atau rendah saja tahapnya. Sifat ego yang melampau boleh membawa kemusnahan kepada keluarga dan diri sendiri. Hayati maksud Firman Allah SWT menerusi Surah Luqman ayat 18 ma...

Badan Sihat Minda Cerdas

Badan Sihat Minda Cerdas merupakan slogan yang sering kita dengari, namun tidak ramai yang menyedari hakikat kebenaran slogan ini. Sebagaimana pada hari ini begitu ramai masyarakat tanpa mengira peringkat umur menghidap pelbagai penyakit seperti diabetes, darah tinggi, obesiti, penyakit jantung dan lain-lain. Hal ini kerana kurangnya amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan mereka. Oleh itu, amalan ini perlu diterapkan seawal usia kanak-kanak lagi ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Amalan gaya hidup sihat perlu dilakukan secara konsisten dan berterusan. Sebagai contoh, pengambilan makanan seimbang, aktiviti senaman, menjaga kebersihan dan lain-lain. Amalan gaya hidup sihat ini mempunyai banyak kepentingannya jika diamalkan dari peringkat sekolah lagi.   Meningkatkan prestasi pelajar   Apabila seorang pelajar mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian mereka, apabila waktu belajar, mereka lebih senang untuk fokus terhadap apa yang diajar. Apabila sentia...

Membentuk amalan gaya hidup sihat

Langkah-langkah Membentuk Amalan Gaya Hidup Sihat Amalan membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini. Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakat kita hari ini yang lu...

Amalan Hidup Sihat

Amalan hidup sihat merupakan aktiviti atau program yang mesti dilakukan secara konsisten dan berterusan dan amat baik dari sudut kesihatan.  Ia termasuklah pengambilan makanan seimbang, aktiviti senaman, melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala, menjaga kebersihan, tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan kesihatan, rehat yang mencukupi dan sebagainya. Pemakanan yang seimbang  merupakan kunci utama ke arah amalan gaya hidup sihat. Sewajarnya kita mengambil makanan yang seimbang dalam diet harian dan menjadikannya budaya hidup setiap hari. Makanan yang tidak seimbang akan menyebabkan seseorang itu mudah mendapat penyakit bahaya seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit kencing manis. Sesungguhnya, tubuh kita akan mendapat zat dan vitamin mencukupi serta dapat mengelakkan penyakit berbahaya jika kita mengamalkan pemakanan seimbang.Kita juga mesti meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak setiap hari. Amalan gaya hidup sihat juga meliputi ...

amalan pemakanan yang sihat

       10 AMALAN PEMAKANAN YANG SIHATS Makanan berkhasiat merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga yang mencukupi yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit. Berikut merupakan sedikit panduan kepada anda yang gemar makan  ’10 HEALTHY EATING HABITS THAT WILL CHANGE YOUR LIFE’ . Artikel ini sedikit sebanyak membantu saya menyemak cara dan pengambilan makanan saya agar makan dengan lebih bertanggungjawab. Berikut adalah 10 amalan pemakanan tersebut: Jangan tidak makan karbohidrat Sesetengah dari kita merasakan dan mempercayai dengan mengambil karbohidrat menyebabkan mereka gemuk dan mampu mengundang pelbagai penyakit. Ini mendorong mereka bertindak untuk meninggalkan pengambilan nutrien tersebut s...
Image
To succeed academically, you need to be productive, and to be productive, you need to figure out what kind of learning style suits you best. You should also read… The 8 Bad Study Habits Successful Students Avoid How to Read Faster, Take Better Notes and Absorb More Information in Less Time Whether it’s for everyday learning via homework, or revising for your exams, finding the learning style that helps you achieve maximum productivity will be crucial to getting the best possible essay grades and exam results. In this article, we’re going to look at the different methods and techniques you can try as you search for the best learning style for you, and we’ll also look at environmental factors that can influence your learning style. Though finding the right learning style for you will ultimately come down to trial and error, this article should give you some different things to think about and try to help you come up with a style that allows you to work at your mos...